Sunday 31 January 2016

Pengalaman Pertama Mencuba Produk Mary Kay

Selamat petang semua...rasanya petang Ahad ni ramai yang dok rehat2 kat umah je kan..sebab esok dah nak start keje balik..xoxo...okay,kali ni yan nak story pasal mula-mula yan cuba produk mary kay ni..lepas berhempas pulas cari maklumat pasal memulihkan kulit muka berjerawat,yan terjumpa beberapa blog yang menceritakan pengalaman menggunakan produk mary kay..disitulah bermulanya yan kenal mary kay..

Untuk pengetahuan korang semua,pengalaman pertama yan mencuba produk mary kay ni bukanlah sebagus dan seindah yang korang fikirkan..sob..sob...bukan sebab produk ni tak berkesan,tapi................yan sebenarnya tersalah cara pakai produk ni..hahaha..dah nama jahil lagi kan..tak tahu apa2 pasal mary kay ni..

Masa mula2 yan pakai,yan cuci muka macam yan biasa cuci muka..basahkan muka,then pakai pencuci muka mary kay..gosok2 kat muka then bilas guna air banyak2..hahaha..bukan ke sadis namanya tu..hukhukhuk..ngam2 lak tak bertanya sangat dengan Beauty Consultant(BC) tempat yan order Mary Kay tu..maybe silap yan kurang bertanya dan mungkin jugak silap BC yang agak kurang memberi penerangan lanjut..tapi takperlah..pengalaman mengajar kita kan..dari kesilapan akan munculnya kesempurnaan yang tidak berpenghujung..hekhekhek..bermadah pulak ekk..

Okay,berbalik kepada pengalaman pertama menggunakan mary kay ni..masa tu yan beli agak banyak jugak produk mary kay..antaranya set acne prone (RM235) ,oil hydrating gel untuk kulit berminyak (RM138), Mineral Foundation Brush (RM69), Translucent Loose Powder (RM72) dan Oil-Free Eye Makeup Remover (RM68)...banyak kan...

Set acne prone

Oil hydrating gel (oily skin)

Make up remover

Loose powder brush

Loose powder
Haaaa...ni semualah produk yang yan beli dulu..lebih dari RM500 habis wooo..masa tu mmg tak tahu langsung apa kegunaan semua ni..bila pakai,rasa macam takder perubahan..then, kulit muka kering pulak..masa tu tak tahu lagi silap kat mana..rasanya 2 3 hari je kot pakai mary kay ni..lepas tu, memang tinggal habis..

Kemudian,yang paling memilukan ialah,yan buang hampir keseluruhan produk ni dalam makcik tong sampah..rasa sadis ke tidak gitu tuh????huaaa..beli mahal2 tapi dibuang..nilah kalau dah nama jahil pasal produk mary kay ni..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna dah...sob..sob..

Antara produk yang yan tak buang ialah make up remover,pencuci muka acne prone dengan oil hydrating gel tu je..yang lain dah jadi 'arwah'...

Jadi,kesimpulannya di sini,kalau tak tahu pasal mary kay,lebih baik suruh BC anda terangkan lebih lanjut..dan paling penting ialah hadirkan diri mana2 kelas mary kay yang terdekat..sebagai nasihat yan,lebih baik cari BC yang terdekat dengan kawasan anda untuk memudahkan perhubungan komunikasi dan secara bersemuka untuk membantu korang semua kenal lebih lanjut mengenai produk mary kay ni..jangan jadi macam yan ni..buang duit je kan..muka pun tak jadi apa...

Inilah pengalaman pertama yan mengenali mary kay..bukan seperti yang korang semua fikirkan..kepahitan masih terasa..tapi, semua ada hikmahnya..pengalaman kali kedua mencuba produk mary kay adalah seindah pelangi yang mewarnai langit bumi yang kehijauan ni..hohoho..nak tahu pengalaman kedua yan?tunggu okay..ada masa yan hupedate..xoxo..

No comments:

Post a Comment