Sunday 31 January 2016

Pengalaman Pertama Mencuba Produk Mary Kay

Selamat petang semua...rasanya petang Ahad ni ramai yang dok rehat2 kat umah je kan..sebab esok dah nak start keje balik..xoxo...okay,kali ni yan nak story pasal mula-mula yan cuba produk mary kay ni..lepas berhempas pulas cari maklumat pasal memulihkan kulit muka berjerawat,yan terjumpa beberapa blog yang menceritakan pengalaman menggunakan produk mary kay..disitulah bermulanya yan kenal mary kay..

Untuk pengetahuan korang semua,pengalaman pertama yan mencuba produk mary kay ni bukanlah sebagus dan seindah yang korang fikirkan..sob..sob...bukan sebab produk ni tak berkesan,tapi................yan sebenarnya tersalah cara pakai produk ni..hahaha..dah nama jahil lagi kan..tak tahu apa2 pasal mary kay ni..

Masa mula2 yan pakai,yan cuci muka macam yan biasa cuci muka..basahkan muka,then pakai pencuci muka mary kay..gosok2 kat muka then bilas guna air banyak2..hahaha..bukan ke sadis namanya tu..hukhukhuk..ngam2 lak tak bertanya sangat dengan Beauty Consultant(BC) tempat yan order Mary Kay tu..maybe silap yan kurang bertanya dan mungkin jugak silap BC yang agak kurang memberi penerangan lanjut..tapi takperlah..pengalaman mengajar kita kan..dari kesilapan akan munculnya kesempurnaan yang tidak berpenghujung..hekhekhek..bermadah pulak ekk..

Okay,berbalik kepada pengalaman pertama menggunakan mary kay ni..masa tu yan beli agak banyak jugak produk mary kay..antaranya set acne prone (RM235) ,oil hydrating gel untuk kulit berminyak (RM138), Mineral Foundation Brush (RM69), Translucent Loose Powder (RM72) dan Oil-Free Eye Makeup Remover (RM68)...banyak kan...

Set acne prone

Oil hydrating gel (oily skin)

Make up remover

Loose powder brush

Loose powder
Haaaa...ni semualah produk yang yan beli dulu..lebih dari RM500 habis wooo..masa tu mmg tak tahu langsung apa kegunaan semua ni..bila pakai,rasa macam takder perubahan..then, kulit muka kering pulak..masa tu tak tahu lagi silap kat mana..rasanya 2 3 hari je kot pakai mary kay ni..lepas tu, memang tinggal habis..

Kemudian,yang paling memilukan ialah,yan buang hampir keseluruhan produk ni dalam makcik tong sampah..rasa sadis ke tidak gitu tuh????huaaa..beli mahal2 tapi dibuang..nilah kalau dah nama jahil pasal produk mary kay ni..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna dah...sob..sob..

Antara produk yang yan tak buang ialah make up remover,pencuci muka acne prone dengan oil hydrating gel tu je..yang lain dah jadi 'arwah'...

Jadi,kesimpulannya di sini,kalau tak tahu pasal mary kay,lebih baik suruh BC anda terangkan lebih lanjut..dan paling penting ialah hadirkan diri mana2 kelas mary kay yang terdekat..sebagai nasihat yan,lebih baik cari BC yang terdekat dengan kawasan anda untuk memudahkan perhubungan komunikasi dan secara bersemuka untuk membantu korang semua kenal lebih lanjut mengenai produk mary kay ni..jangan jadi macam yan ni..buang duit je kan..muka pun tak jadi apa...

Inilah pengalaman pertama yan mengenali mary kay..bukan seperti yang korang semua fikirkan..kepahitan masih terasa..tapi, semua ada hikmahnya..pengalaman kali kedua mencuba produk mary kay adalah seindah pelangi yang mewarnai langit bumi yang kehijauan ni..hohoho..nak tahu pengalaman kedua yan?tunggu okay..ada masa yan hupedate..xoxo..

Saturday 30 January 2016

Mary Kay Beauty Consultant 2015

Salam dan selamat sejahtera semua..rasanya ini adalah kali pertama saya berceloteh di dalam blog..blog dah lama ada tapi tak tahu nak sembang apa kat sini..hohoho..okay..saya nak perkenalkan diri..saya Norazian binti Abdullah..lahir di Sarawak.panggil yan je..tujuan utama saya berblog ini adalah sebab saya merupakan salah satu Beauty Consultant untuk Produk Mary Kay..kenal tak produk yang terhangat dan antara produk terlama di pasaran..mungkin masih ramai lagi yang agak kurang tahu produk ni..nanti kita cerita panjang pasal produk ni okay..okay..saya mula kenal mary kay ni pada tahun 2015..masa tu muka memang teruk sangat..dengan kulit jerawat,muka berminyak,bintik-bintik hitam di hidung,parut-parut jerawat..senang cakap,semua masalah ada di muka ni..masa tu mmg rasa macam zaman kejatuhan bagi yan...nak pergi mana-mana pun rasa malu sebab muka berjerawat teruk..tutup guna bedak pun tak berkesan...lagi2 bila yan ni jenis tak pandai pakai make up..xoxo..lagilah susah nak tutup jerawat tu kan..huhuhu..

Alhamdulillah bila terjumpa mary kay ni sebelum putus asa nak sembuhkan kulit muka..kawan yan dari Johor yang perkenalkan Mary Kay ni pada yan..dulu kulit muka dia memang teruk gila..masa tu kulit muka yan takder masalah jerawat..cuma berminyak dan bintik2 hitam kat hidung jerlah..dan pori2 pun nampak besar..lepas beberapa hari yan dok berfikir nak cuba ke tidak mary kay ni,yan ambiklah keputusan untuk cuba mary kay ni lepas kawan yan nama Rahayu Kipli dah order produk mary kay dengan Kawan yan dari Johor tu..lama2 bila rasq makin excited dengan Mary Kay,yan teruslah jadi ahli mary kay disebabkan oleh kelebihan dan keunikan produk mary kay ni..

Walaupun masih baru di dalam keluarga Mary Kay, tapi jika ada apa2 persoalan mengenai produk mary kay,insha-Allah,yan boleh lagi nak explain produk mary kay yang mana yang sesuai untuk kulit muka anda..okay..sampai sini sahaja pengenalan dari yan yang agak banyak keluar tajuk ni..hahaha..apapun, saya,NORAZIAN ABDULLAH,perunding kecantikan anda..Anda boleh whatsapp saya di 011-3531 4699 untuk pesanan atau persoalan produk mary kay okay..sayang semua..